BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 13, 2010

[9] letih,,,tp seronok sgt!

apa yg letih tp seronok ni? hmm,, act, smlm (13.12.2010) brsamaan hari isnin, ada knduri skit.. knduri umah lang aku, umah sebelah umah aku ja pn.. lang aku ada 5 anak, smua pmpuan & smua dh kawin.. msing2 dok jauh.. cuti2 cmni la dpt brkumpul rmai2.. lang aku ni sakit, so ank dia yg ke4, brhnti keja then blk dok kmpung jga mak dia.. so, tugas brmula sejak mlm b4 knduri... kupas bwng, ubi, siang ayam, daging, haihh mcm2 lg la.. lang aku ada 16 cucu. plng besaq 17 plng kecik setahun lbh.. so, sgt rmai yg msh kanak2.. skrg kan musim hujan, budak2 tu kejap msuk umah aku, pastu lari blk umah tok diorang( umah lang aku la).. perghhh,, mmg penat mnjerit 'aii,, hujan.. demam sat gi'... haha.. tp, budak2 an, apa diorang nk kisah.. klw dtg ja, msti la akn main mainan mamat yg bnyk tu.. pastu blk cmtu ja.. huhu, sabar je la.. aku kms, kejap lg, dtg blk, pstu main lagi, then biar cmtu ja.. huhu.. dugaan sngguh... mmg aku terasa kmpung aku sgt riuh rendah... hahaah.. faham2 ja la, budak2 kan..

then, tiba hari knduri.. ni lg la dugaan... hujan sgt lebat... nsb baik la time tgh dok masak x hujan lg... dh settle masak bru la hujan turun... makan bkn cara buffet tp hidang.. nk mmbasuh pnggan tu 1 hal.. haha.. lauk bnyk.. ada ayam msk merah, gulai daging, acar, sayur, buah lg.. mmg 1 hidang gna bnyk pnggan la an.. tp, nsb baik la bnyk kakitangan yg mnolong tu,huhu.. mmg best sgt la kna hujan smlm... huhu.. wat keja smpai xsedar xmkn lg.. hahaha...dh kul 3, org pn dh xrmai, aku pn mkn la rmai2 ngn sepupu2 aku smua.. pas dh settle smua, pnggan pn dh clear, periuk yg bnyk pn dh dibasuh, diorang g beli sate plak... mkn sate la plak ptg tu rmai2... best sgt... Alhamdulillah.. rezeki kan.. hehehe

Tuesday, December 7, 2010

[4] Al-Fatihah

hmm,, knpa ntah asyik tringat kn arwah ja... pd yg tau tu, knl la kot sapa yg aku mksudkan.. yg xtau, meh aku gtau... nma dia Muhammad Arieef Ikhwan Bin Lokman... ya, dia pnah jd someone special dlm hdup aku slma 1 tahun 8 bulan & 16 hari... :))klw nk cita kisah aku & dia ni, mmg x hbs la... ada la 3, 4 org mmber aku yg tau kisah kami.. msa couple, xpnah gaduh besaq pn.. stakat merajuk sehari dua ja (aku la) hehehe.. kisah plng tragis mula pd bln 8 2009.. arwah stdy kat MMU cyberjaya.. aku time tu kat matrik..aku cuma nk cita yg aku sgt terkilan... sgt2... sbb apa? hmm,,, act cmni... pas dah break & dia pn time tu dh ada awek baru... mgkin diorang xserasi kot & arwah slalu msj aku mntak aku maafkan dia & terima dia blk... slalu sgt..ayat2 dia wat aku sedih, tp mgkin sbb aku ni ssh nk lupa apa yg dh terjadi antara aku, arwah & awek baru dia tu(apa yg terjadi ni, xyah la cita k) mgkn sbb tu la kot aku ssh nk terima dia blk... syg tu mmg la ada lg... tp cinta tu, dh padam la... then, dipendekkan cita,, 26 ogos 2010, aku ada dpt 1 e-mail dr arwah.. korang bacalah ye...ni mmg btul2 ayat dia.. aku copy paste dr inbox gmail aku...cuma nma awek dia tu aku trpksa la pdm k...


Assalamualaikum...
sblm 2 slmat brpuasa yerp. moga ramadhan kali nie lbh brmkna ntuk yana. yep mnx maap lau yana tk suka yep email yana. tp yep trpksa. nk msg yep tk larat nak taip pnjang2. nak kol, yana tk kan angkat punya. so yep email je lah. arap2 yana sudi baca smpai hbis. 1st skali, yep nk mnx maap ngan apa yg dah terjadi antara yana, yep n ****.. yep tawu smua nie salah yep. yep prsiakan kprcayaan yana pd yep. yep tk fikir panjang sblum yep wat kptusan. yep sgt mnyesal tp yep tau smua dh terlambat. yep tk salahkan yana lau yana tk leh maafkan yep. it's up 2 you. cuma yep mnx jgn simpan dendam pd yep. yep mnx yana sudi lg jd kwn yep coz i need u although not as my love but at least as a friend. i need 2 hear your laugh everyday, i need your advice if i have any problem... plz yana, accept yep as your friend. yana, yep mnx jgn pdm kisah kita. yep sgt bersyukur dpt kenal ngan yana. i'm sorry coz tk dpt nak tunaikan janji2 yep pd yana. but, yep tawu, ada yg lebih baik utk yana. yep harap lau 1 day yana dh jumpa someone, dia tk prsiakan yana mcam yg yep dah wat. yep harap dia dpt bhagiakan yana sbb yep tk mmpu nk bhgiakan yana smpai akhir hayat yep. if 1 day yep dh tk de, yep mnx halalkan smuanya. yep mnx maaf dr ujung rmbut smpai ujung kaki. yep arap lau yep dh tk de, yana sudi dtg ziarah yep kat kubur at least tiap bln syawal. i'm sorry lau yana tk ska yep ckp cm nie, tp yep cuma pesan pd yana. smpaikan salam yep pd kwn2 yana. yep tawu diorang bnyk bg support kat yana kan bila yep wat hal dulu. yep tawu yana tk mampu nk hadapi smua ni sorang2. i know you yana. yep tawu yana 2 sgt lemah ngn masalah. pas nie lau ade msalah, jgn smpan ok. cari kwn, cita ngn diorang.. yana 2 bab bg nasihat nmber1 , tp lau ada msalah, ermm,, lemah terus kan. ok la yana, smpai cni dlu kot. skali lg yep mnx maaf k. thnx 4 evrything yana. yep ttp syg yana smpai yep mati. 2 kan janji yep. ARYANA dh tnggal knangan kan. but, knangan 2 la yg yep akan bawak smpai mati. plz, take care of yourself. Assalamualaikum yana.

aku bca bnyk kali e-mail ni.. dan air mata aku xbrhnti kluaq.. aku xreply, sbb aku xtau aku nk bls apa.. dlm hati aku dah maafkan dia cuma apa yg dia dan **** wat kt aku, tu yg aku xleh lupa sgt2.. aku biarkan e-mail ni dlm inbox gmail aku.. stiap hari aku baca kot.. then 29 ogos aku dpt msj dr amieer(ni dia pnya kmbar).. msj ni lbh kurang cmni ar, aku pn dh xbrapa ingt sgt.. " salam yana, ayep excident ngn man(ni mmber baik dia).. man mnggal kt stu gak.. ayep koma weh!" pas bca aku xreply pn, aku cm caya xcaya ja.. mgkn sbb lmbt sgt reply, amieer call trus.. "weh, dpt xmsj? ayep excident msa otw nk p psar ramadhan ngn man.. dia koma.. la ni ada kt hspital tanjung(hspital besar pulau pinang)" aku rsa nk pitam kot time tu.. dlm hati aku doa moga2 dia mmpu bertahan.. 30 ogos, 31 0g0s, keadaan dia msh sama gak.. doktor sruh bwk blk umah ja sbb dktor pn dh xleh wtpa...
1 september, time tu aku tgh sahur.. slalu aku turun sahur x prnah bwk fon pn, tp hari tu ntah knpa aku trgerak nk bwk fon.. ttba fon aku vibrate, aku dh rsa semacam... bila tgk amieer yg call, lg la aku xsdp hati.. "yana, sabaq bnyk2 weh.. ayep dah xdak.. kul 1.30 td"..... aku trus naik bilik, sepatah pn xckp apa2.. esok tu mmg aku x p kls la.. aku rsa lost sgt.. ttba aku tringat e-mail dia.. aku bka, aku bca, baru aku sdr yg dia bnyk ckp psal mati... Ya Allah, knpa la aku xsdr smua tu.. hm, sbb tu la aku rsa sgt terkilan... dia pergi tnpa aku smpat ckp yg aku xmarah dia, aku x prnah simpan dendam pn sebaliknya aku trima apa yg jd ngn hati yg trbuka.. aku redha ngn apa yg jd pd aku dan dia sblm ni.. skit pn aku p marah.. maafkan yana ya yep... yana x prnah marahkan yep... cuma yana prlukan msa utk lupakan apa yg dh terjadi.. tp yep dh pergi dlu.. :'(
tu la kan, kata org, smuanya sudah ditakdirkan oleh Yang Maha Esa.. smoga arwah bhgia di sana dan ditempatkan dikalangan org2 beriman...
wat yg baca post ni, aku mntak sedekahkan Al-Fatihah utk arwah Muhd. Arieef Ikhwan Bin Lokman...
thanks semua...





Wednesday, November 24, 2010

[2] saya mencari bahagia


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi
.

63 petua bahagia.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut I love you sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Thursday, June 17, 2010

[1] saya budak baru belajar...

mmg btl2 bdk baru blajar... xdak apa pn kt blog aku... huhu... saja ja bt blog nih... blh bt luahan perasaan kt sni... hahaha... anyway... wish me luck... aku akn majukan blog ni... :))