BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 24, 2012

[108] Tuhan Berikan Aku Cinta

 

Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cubaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cubaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta....

Wednesday, September 5, 2012

[107] Alhamdulillah... syukur nikmat Allah~


Hari ini,, berkurang kembali titian ku..
menujuMu semakin dekat..
tersemai dulu dulu..
di antara putih hitam kehidupan ku..
kelabu ku mungkin masih ada..
namun rahmatMu tak pernah putus mengirim pewarna hingga hilang kelabu itu..
mewarna, merekah cantik..

Rabbana,
apalagi yang mampu kuminta di antara semua KasihMu yang tiada penghujungnya..
di sela cintaMu yang terus mengalir di sepanjang waktu..
tak perlu lagi ku ragu akan segala RahmatMu yang tak henti tercurah walau sering ku hilang arah...
petunjukMu selalu di sana, membawaku kembali ke dalam dakapanMu..
setiap detik, dalam helaan nafasku, detik nadi ku, terselit semua keajaiban cintaMu..
membuatku mampu tetap membuka mataku hingga tahun ke-22 sejak Kau izinkan aku menjadi sebahagian kecil duniaMu..

Ya Rabbi...
bagaimana mampu aku mengalihkan diri dari cintaMu yg begitu sempurna..
hari ini, dengan segala kelemahanku sebagai hambaMu..
masih ku cuba memberanikan diri meminta, berharap dan merayu padaMu..
kerana yakinku padaMu, Kau selalu ada bahkan lebih dari yang mampu aku rasakan..

Harapanku atas keluargaku..
kepada Ibu (Faridah Bt Ismail) yang telah melahirkan dan membesarkan ku hingga saat ini.. terima kasih tidak putus untuknya.. semoga tetap sihat dan bahagia selamanya.. kepada Ayah (Mohd Radzi Bin Che Mat) yang sekuat tenaga membuatku terus ada dan berusaha.. hingga kuat menghadapi dunia.. terima kasih, semoga terus diberi kekuatan dan kesabaran.. kepada kelima adik beradikku (Mohd Zulhisham, Mohd Zulakmal, Nur Afiqah, Nurnajihah, Muhammad Zulhuzairin) semoga kalian menjadi anak yang berbakti dan hambaMu yang soleh dan solehah..

Harapanku atas sahabat setia ku (SKBIM, SMKM, KMPP, UM dan LAIN-LAIN),
kepada para sahabat yang kucintai kerana Allah, Akhi dan Ukhti fillah, tanpa kalian sulit bagiku bertahan di setiap perjalanan, likunya yang penuh rintang, mampu ditempuh bersama.. semoga terus diberkati hidup kalian oleh Allah..

Harapanku atas sesiapa pun Engkau di luar sana (Sipolan Bin Sipolan),
Duhai yang diperuntukkan untukku...
tetap jaga hatimu di sana, hingga Allah mempertemukan kita di waktu dan tempat yang tepat, yang seharusnya, yang semestinya..
hingga akan indah selamanya.. 
(I WISH TO CELEBRATE MY 26TH BIRTHDAY WITH YOU SOON ^____^)

harapanku atas aku (Nurliyana Binti Mohd Radzi),
aku yang bukan siapa-siapa tanpaMu..
berikan terus hidayahMu ya Rabb..
bimbing aku selalu di jalanMu..
hingga sisa umurku ini mampu ku manfaatkan demi menjemput kebahagiaan abadi di akhirat nanti..
jadikan aku lebih kuat menjalani apapun kehendakMu..
jadikan aku lebih sabar menghadapi ujianMu..
jadikan aku lebih peka atas teguranMu..
jadikan aku lebih dan lebih  bersyukur atas apapun yang Engkau anugerahkan...

Terima kasih atas semuanya Ya Allah, dan bantu hambaMu ini agar mampu tetap istiqomah di jalanMu.. 
AMIN YA RABBAL ALAMIN~


Wednesday, August 22, 2012

[106] Salam Aidilfitri...

Salam.... 
rasanya masih belum terlambat nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN... 
mohon diampunkan segala salah silap dan dihalalkan segalanya...
Alhamdulillah, raya tahun ni mcm biasa... tetap meriah mcm selalu... cuma tahun ni sempat buat 2 jenis kuih ja, yg lain beli ja... tak sempat nak buat... huhuhuhu... selalu umah aku mmg pegang rekod buat laksa masa raya 1st, kali ni ubah selera p buat bihun sup pulak... ^___^
tahun ni still dapat duit raya... malu jugak nak ambik sebenarnya, tp rezeki jgn ditolak... ye dakkkk? heeeeee~

abaikan senyum over aku... muehehehehe~

candid katanya....

bunga-bunga mak & ayah....

heyyyyy, call me 'abg hensem'... ;p
 

 

Tuesday, June 19, 2012

[105] maafkan aku...

Ramadhan hampir tiba
Dan itu bermakna hampir dua tahun kau meninggalkan diriku
Sungguh, aku amat merindui dirimu
Masih terngiang gemersik hilai tawamu
Membuatkanku tenggelam dalam lamunan
Hanya foto ceriamu pengubat rinduku
Terkadang ku sesali diri yang alpa ini
Dikau pergi terlalu awal meninggalkan diriku
Belum sempat ku penuhi hajatmu
Hajat yang ku sangkakan mainan manjamu
Tetapi ternyata ia permintaan kudus darimu

Aku ketandusan ukhwahmu yang dulu
Yang memahami setiap kelumit firasatku
Puas aku mencari insan sepertimu
Namun, Pencipta masih belum menemukannya
Yang ku temui hanyalah harapan lesu
Aku redha di atas ketentuanNya
Katamu yang berbisa masih teguh di sanubari
"Orang yang sabar selalu diuji"
Ku jadikannya sebagai peringatan diri
Tatkala terasa lemas diuji duniawi

Kemaafan dipohon dek kealpaan diri ini
Ku syukuri ukhwah yang pernah terjalin
Walaupun ianya seketika cuma
Tetapi sudah cukup bagiku menilainya
Ku harap dikau bahagia melewati alam yang abadi
Hanya untaian doa mampu ku kurimkan padamu

Ya Allah,
ku rayu padamu temukanku dengannya nanti
Ku akui terlalu banyak khilaf yang ku cipta
Moga ku tidak terlalai dengan keasyikan dunia fana
HidayahMu ku harapkan dalam menerangi laluanku
Agar ku bisa tenang menemuiMu nanti
Amin Ya Rabbal a'lamin...

Al-Fatihah...
Muhammad Arieef Ikhwan Bin Lokman....
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan golongan orang-orang beriman.... 

Monday, May 21, 2012

[103]Janganlah Cinta Ini Melebihi Cinta Pada-Mu Ya Allah

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah keranaMu. Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, berikanlahku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
 

Ku jalani walau terasa sakit..
Walau dada ini terasa menghimpit..
Tak dapat memeluk untuk hilangkan rasa rindu..
Tak dapat mencium kerana bukan milikku..

Kerinduan dan cinta ku pendam..
Perlahan mulai kelam..
Kepedihan selalu membara dihati..
Sampai bila ku tahan rasa ini..

Sukar sekali rasanya terucap…
Hanya sehelai kertas segalanya ku curahkan..
Untuk sebuah ungkapan yang tak tersampaikan..
Senang sedih dan luka dihati..

*Ya Allah, lindungi dia walau di mana dia berada. Tetapkan iman di hatinya... 

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Saturday, April 21, 2012

[101] kenapa susah sangat nak jaga sekeping hati?

Nak jadi baik..tapi banyaknya halangan yang menduga. Iman dahlah cuma setipis kulit bawang...senang sangat dicarik-carik. Hati ni...mudah sangat berbolak-balik. Tak tetap pendirian. Hari ni berazam, esok dah lupakan. Tahu..tapi buat-buat tak tahu. Ingat tapi buat-buat lupa. Tewas dengan nafsu dan godaan dunia.


Sedih dengan diri sendiri. Cemburu dengan orang lain. Tengok orang baik-baik..teringin nak jadi macam mereka. Rasa macam rendah sangat diri ni. Selalu terfikir..bestnya diorang..kenapa aku tak boleh jadi macam tu...tapi usaha?? entah kemana...sikit sangat. Bila dah ada usaha pulak..alahai susahnya nak istiqamah.

Kadang-kadang rasa macam....ishkk..aku tak layak jadi macam diorang. Rasa macam banyak sangat kekurangan diri ni. Tapi takkan nak terus hidup dalam kekurangan tu? Takkan tak pernah nak mencuba untuk berubah...walaupun sikit..pelan-pelan usaha..Sedar diri ini memang bukan manusia sempurna...ada dosa, ada noda. Tapi itu bukan alasan untuk tak berusaha untuk memperbaiki kekurangan. Tahu tu..sedar tu..tapi..ishkk...hati masih beralasan.

Kadang-kadang rasa macam hipokrit.....rasa macam ini bukan aku..Tapi kalau tak paksa diri sendiri, siapa lagi? Bukannya nak jadi orang lain...cuma nak jadi orang yang lebih baik..Susah sangat ke?? Memang la susah...jalan kebaikan memang susah...kenapa? Sebab syurga itu indah. Orang yang layak je boleh dapat. Layak ke aku???
 
 
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba..
 
 

Saturday, March 31, 2012

[100] Apa khabar jodohku?


Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapdisini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…

Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?

Aku berharap seperti itu, Jodohku..

disetiap langkahku dan seusai solatku..

ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..

Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..

nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..

kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..

Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,

Ingatlah sayang..

aku selalu ada untukmu..

Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :)


 

Cinta itu luar biasa

Yang tersirat jutaan makna

Cinta itu luar biasa

Kerana  cinta itu bahagia dan membawa ke syurga....